perasaan student last year...
salam............
erm dah lamer tak memblog...
ari ni 9 October 2010...
raser tak sabar2 nak abehkan sem ni...hoho...slamat tinggal asgmnt.........
tapiee......
smakin nak abeh...smakin blambak lana keje............
tdo pon tak menentu...keje tak kurang2 jugak....makin blambak ader la.....hoohoo.....
erm,tak per la...aku akan berusaha untuk abehkan smua asgmnt....hehehe...
paper pon senyum sokmo...ahak ahak...:P
Kontrak musyarakah (UTUSAN)
ARKIB : 14/07/2010
Kontrak musyarakah
![]() |
| Sebanyak 9/10 daripada pendapatan datangnya daripada perniagaan - gambar hiasan |
Dalam artikel lepas, telah dikupas tentang konsep mudharabah yang merupakan salah satu kontrak di bawah kontrak perkongsian. Satu lagi kontrak yang termasuk di bawah kontrak berkenaan adalah musyarakah.
Dari segi bahasa, syarikah atau musyarakah bermaksud percampuran salah satu harta dengan harta yang lain sehingga tidak boleh dibezakan antara keduanya.
Dari segi istilah, para ulama mengemukakan pelbagai definisi. Definisi terbaik adalah sebagaimana yang dikemukakan oleh mazhab Hanafi iaitu: "Suatu kontrak antara dua pihak yang berkongsi dalam modal dan untung". (rujuk Fiqh Islam wa Adillatuhu, Dr. Wahbah Zuhaili, jilid IV, ms 795).
Keharusan kontrak musyarakah itu sabit daripada firman Allah SWT: ..... maka mereka bersekutu pada satu pertiga (dengan mendapat sama banyak lelaki dengan perempuan)…. (an-Nisa': 12)
Terdapat juga hadis qudsi yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW meriwayatkan bahawa Allah SWT berfirman: "Aku adalah orang ketiga bersama-sama dengan rakan kongsi, selama masing-masing mereka tidak mengkhianati yang lain. Jika salah seorang mengkhianati yang lain, maka aku meninggalkan mereka berdua." (riwayat Abu Daud dan Hakim)
Ini bermakna, ia adalah sejenis kontrak di mana dua pihak atau lebih mengadakan perjanjian dan kerjasama dalam urusan perniagaan. Semua pihak menjadi rakan kongsi kepada yang lain.
Semua rakan kongsi bersama-sama menyumbangkan modal dan masing-masing terlibat dengan pengurusan untuk mengusahakan perniagaan berkenaan.
Sebelum perniagaan dilaksanakan, semua pihak perlu bersetuju dengan pembahagian keuntungan sekiranya ada.
Jika perniagaan itu menghasilkan keuntungan, maka semua rakan kongsi akan mendapat bahagian masing-masing sebagaimana yang dipersetujui.
Sebaliknya, jika rugi, semua rakan kongsi akan berkongsi kerugian berdasarkan modal yang disumbangkan.
Kelebihannya, setiap rakan kongsi adalah penjamin (kafil) antara satu sama lain. Sesuatu yang menjadi kewajipan kepada seseorang, akan menjadi kewajipan juga kepada seseorang yang lain.
Dalam perbankan Islam hari ini, kontrak musyarakah digunakan secara meluas. Contohnya, produk pembiayaan musyarakah mutanaqisah di mana pihak bank dan pelanggan berkongsi untuk membuat pembelian aset.
Aset tersebut kemudiannya dibeli oleh pelanggan daripada bank sedikit demi sedikit sehinggalah pelanggan mempunyai hak sepenuhnya kepada aset berkenaan.
Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia dalam mesyuarat ke-56 pada Februari 2006 memutuskan produk pembiayaan berdasarkan kontrak ini diharuskan.
Melalui musyarakah mutanaqisah, pelanggan akan mengenal pasti rumah yang hendak dibeli dan biasanya akan membayar 10% sebagai deposit. Ini bermakna, pelanggan telah mempunyai dan memiliki 10% aset daripada rumah berkenaan. Pihak bank seterusnya akan membeli baki aset rumah itu (90%).
Ini bermakna, pelanggan dan bank memiliki bersama (co-ownership) rumah berkenaan. Kemudian, pelanggan akan membuat pembelian bahagian yang dimiliki bank secara berkala.
Sebagai contoh, pelanggan membeli 1% untuk setiap bulan. Lama kelamaan, aset yang dimiliki oleh pelanggan menjadi semakin bertambah dan pada waktu yang sama aset bank menjadi berkurangan.
Demikianlah proses berlaku sehingga pelanggan mempunyai pemilikan penuh ke atas rumah berkenaan.
Pembiayaan perumahan yang berasaskan musyarakah mutanaqisah dilihat sebagai alternatif kepada pembiayaan Bai' Bithaman Ajil (BBA). Ini kerana ramai yang kurang berminat kepada BBA disebabkan aplikasi BBA di Malaysia mempunyai elemen Bai' Inah.
Justeru, mereka ingin beralih kepada kontrak yang kurang menimbulkan kontroversi terutamanya di kalangan pakar kewangan Islam dalam dan luar negara.
Terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan kontrak syarikah atau musyarakah terbatal. Antaranya, apabila salah satu pihak mengundurkan diri dari menjadi rakan kongsi dalam kontrak berkenaan.
Kontrak ini juga boleh terbatal dengan kematian salah seorang dari rakan kongsi. Ia juga tidak dapat diteruskan sekiranya salah seorang dari mereka yang berkontrak menghidapi penyakit yang menjejaskan keterlibatannya dengan pengurusan (tasarruf) seperti gila, lumpuh, koma dan sebagainya.
Elemen yang paling penting untuk menjayakan sesebuah kontrak perkongsian sama ada mudharabah atau musyarakah adalah amanah.
Sekiranya hilang sifat amanah dalam diri mereka yang terlibat, sudah semestinya segala perancangan, persetujuan dan persepakatan menjadi sia-sia.
Justeru, Nabi SAW bersabda: "Tangan Allah di atas dua rakan kongsi selama mereka tidak mengkhianati(rujuk Ibn Qudamah, Al-Mughni, jil IV, ms 1)."
PROGRAM CAKNA BERAT
PROGRAM CAKNA BERAT
Ditulis oleh Pusat Kesihatan Pelajar UNISZA Isnin, 26 April 2010 01:20
PROGRAM KESIHATAN CAKNA BERAT 2010
APRIL 2010 SEHINGGA OKTOBER 2010
UNIVERSITI DARUL IMAN MALAYSIA
PENGENALAN
Program Warga Sihat/ Wellness 2009 yang telah dianjurkan oleh Fakulti Perubatan Dan Sains Kesihatan bersama-sama Pusat Kesihatan, menunjukkan peratusan yang membimbangkan iaitu 21.31% adalah mempunyai berat badan yang berlebihan ( overweight ), 39.35% obese tahap 1 dan 18.03% adalah obese tahap 2. Kesinambungan dari itu, Pusat Kesihatan Pelajar dan Fakulti Perubatan Dan Sains Kesihatan dengan kerjasama Pusat Sukan dan Pusat Islam telah merangka program kesihatan untuk menurunkan berat badan khusus untuk warga kerja UDM yang mengalami obesiti.
Program tersebut dinamakan “ Cakna Berat UDM “. Pada dasarnya ia adalah program untuk penurunan berat badan yang akan dijalankan untuk jangkamasa yang panjang, walaubagaimana ia menekankan aspek kesihatan secara menyeluruh, termasuk kesihatan fizikal, psikologi dan kerohanian.
OBJEKTIF
- Membantu warga UDM yang obese menurunkan berat badan secara perlahan-lahan dan berterusan tanpa memudaratkan kesihatan, justeru itu dapat mengurangkan faktor risiko penyakit merbahaya
- Mengenalpasti masalah-masalah kesihatan yang lain melalui pemeriksaan kesihatan dan ujian makmal yang dijalankan sebelum program bermula.
- Memberi rawatan atau rujukan kepada pakar untuk penyakit-penyakit yang dikenalpasti.
- Menerapkan cara hidup sihat kepada warga UDM termasuk nasihat pemakanan (diet) yang baik, aktiviti fizikal dan kesihatan minda yang bersesuaian dengan individu.
KRITERIA PESERTA
- Penyertaan dibuka secara umum kepada kakitangan UDM sahaja dan dihadkan kepada 20 peserta sahaja.
- Mempunyai berat badan yang berlebihan iaitu BMI 30Kg/m2 atau lebih.
- Tiada had umur tertentu yang ditetapkan.
- Peserta diwajibkan mempunyai basikal sendiri.
- Tidak mengalami masalah kesihatan yang serius (cth: coronary heart disease) dan tidak cacat (mampu melakukan aktiviti fizikal).
- Mempunyai disiplin dan semangat yang kuat untuk mengikuti program ini secara berterusan.
PERLAKSANAAN PROGRAM
Peserta-peserta yang berminat dan mempunyai kriteria di atas akan disaring melalui pemeriksaan kesihatan terlebih dahulu. Berikut adalah pemeriksaan yang akan dilakukan.
- Sejarah kesihatan termasuk kesihatan mental.
- Sejarah pemakanan (diet).
- Pemeriksaan fizikal iaitu
- Pemeriksaan umum iaitu berat, tinggi, BMI, ukuran pinggang (waist circumference), nisbah pinggang /pinggul (waist hip ratio-WHR), composisi jisim badan (body mass composition), tekanan darah dan kadar denyutan jantung.
- Pemeriksaan sistemik iaitu pemeriksaan sistem jantung, paru-paru, abdomen, muskuloskeletal, endokrin dan sistem saraf.
- Pemeriksaan darah dan ujian klinikal
- Pemeriksaan darah yang akan dilakukan ialah ujian tahap kolestrol, tahap gula, fungsi hati, fungsi buah pinggang dan elektrolit.
- Ujian klinikal lain adalah ECG dan X- Ray dada.
PERUBATAN
Setelah saringan perubatan untuk pemilihan dilakukan, peserta-peserta yang terpilih akan diberi buku log perubatan yang mengandungi jadual untuk pemeriksaan susulan yang mengandungi:
- Pemeriksaan umum yang akan dilakukan setiap 2 minggu sekali iaitu;
- Tekanan darah
- Kadar denyutan jantung
- Berat
- Tinggi
- BMI
- WC (ukurlilit pinggang)
- WHR ( nisbah pinggang pinggul)
- RBS (untuk pesakit kencing manis)
2. Susulan untuk pemeriksaan sistemik dan ujian darah akan dilakukan mengikut kesesuaian
dan masalah kesihatan individu.
DIET
Penerangan mengenai diet akan berikan semasa sesi pertama, diikuti kerja berkumpulam manakala nasihat dan susulan diet adalah mengikut keperluan individu.
PSIKOLOGI DAN KEROHANIAN
Program ini juga menekankan disiplin dan kekuatan dari sudut psikologi dan kerohanian, justeru itu Pusat Islam telah merangka jadual ibadah yang khusus untuk para peserta.
Fakulti Perubatan Dan Sains Kesihatan juga akan menyediakan ceramah motivasi melalui 3 fasa iaitu:
- Motivasi asas (sebelum program bermula) : Goal setting and positive image visualization.
- Pertengahan program : Hurdle/problems maintaining motivation 1.
- Akhir program : Hurdle/problem maintaining motivation 2.
SENAMAN
Beberapa aktiviti fizikal akan digabungkan menjadi satu program latihan yang akan dilakukan sekurang-kurangnya 3-4 kali seminggu secara berselang hari. Setiap peserta akan diberikan kad aktiviti untuk catatan kehadiran dan tempoh aktiviti yang dilakukan. Aktiviti-aktiviti fizikal yang dicadangkan ialah:
- Latihan cardiovaskular (30-35 min)
- Berjalan laju/brisk walk
- Jogging
- Berbasikal
- Senaman aerobik
- Latihan bebanan (45 min)
- Gimnasium / free weight training/own body weight
- Aktiviti sukan
- Aktiviti luar- badminton,bola tampar,bola jaring,futsal.
PEMANTAUAN PESERTA
Setiap peserta akan diberikan buku log untuk catatan pemantauan dan jadual sepanjang program berlangsung.
PENYINGKIRAN PESERTA DAN GANJARAN
Tiada penyingkiran peserta akan dilakukan sepanjang program ini kerana tujuan utamanya adalah membimbing peserta kearah cara hidup lebih sihat. Walaubagaimanapun, untuk memberi semangat kepada peserta saguhati akan diberikan setiap bulan kepada mereka yang dapat menurunkan berat badan paling banyak pada bulan tersebut. Peserta tidak dibenarkan sama sekali mengambil sebarang pil diet
Pemenang adalah peserta yang berjaya menurunkan berat paling banyak, dan ianya akan diumumkan pada penghujung program, iaitu pada bulan Oktober.
Sebarang Pertanyaan Sila Hubungi :
Pusat Kesihatan Pelajar
Universiti sultan Zainal Abidin Terengganu
No Tel. : 09-6674946 No Fax : 09-6674963
Asrama baruku...????






