Pages

PROGRAM CAKNA BERAT

PROGRAM CAKNA BERAT

PROGRAM KESIHATAN CAKNA BERAT 2010

APRIL 2010 SEHINGGA OKTOBER 2010

UNIVERSITI DARUL IMAN MALAYSIA


PENGENALAN


Program Warga Sihat/ Wellness 2009 yang telah dianjurkan oleh Fakulti Perubatan Dan Sains Kesihatan bersama-sama Pusat Kesihatan, menunjukkan peratusan yang membimbangkan iaitu 21.31% adalah mempunyai berat badan yang berlebihan ( overweight ), 39.35% obese tahap 1 dan 18.03% adalah obese tahap 2. Kesinambungan dari itu, Pusat Kesihatan Pelajar dan Fakulti Perubatan Dan Sains Kesihatan dengan kerjasama Pusat Sukan dan Pusat Islam telah merangka program kesihatan untuk menurunkan berat badan khusus untuk warga kerja UDM yang mengalami obesiti.

Program tersebut dinamakan “ Cakna Berat UDM “. Pada dasarnya ia adalah program untuk penurunan berat badan yang akan dijalankan untuk jangkamasa yang panjang, walaubagaimana ia menekankan aspek kesihatan secara menyeluruh, termasuk kesihatan fizikal, psikologi dan kerohanian.


OBJEKTIF

  1. Membantu warga UDM yang obese menurunkan berat badan secara perlahan-lahan dan berterusan tanpa memudaratkan kesihatan, justeru itu dapat mengurangkan faktor risiko penyakit merbahaya
  2. Mengenalpasti masalah-masalah kesihatan yang lain melalui pemeriksaan kesihatan dan ujian makmal yang dijalankan sebelum program bermula.
  3. Memberi rawatan atau rujukan kepada pakar untuk penyakit-penyakit yang dikenalpasti.
  4. Menerapkan cara hidup sihat kepada warga UDM termasuk nasihat pemakanan (diet) yang baik, aktiviti fizikal dan kesihatan minda yang bersesuaian dengan individu.


KRITERIA PESERTA

  1. Penyertaan dibuka secara umum kepada kakitangan UDM sahaja dan dihadkan kepada 20 peserta sahaja.
  2. Mempunyai berat badan yang berlebihan iaitu BMI 30Kg/m2 atau lebih.
  3. Tiada had umur tertentu yang ditetapkan.
  4. Peserta diwajibkan mempunyai basikal sendiri.
  5. Tidak mengalami masalah kesihatan yang serius (cth: coronary heart disease) dan tidak cacat (mampu melakukan aktiviti fizikal).
  6. Mempunyai disiplin dan semangat yang kuat untuk mengikuti program ini secara berterusan.

PERLAKSANAAN PROGRAM

Peserta-peserta yang berminat dan mempunyai kriteria di atas akan disaring melalui pemeriksaan kesihatan terlebih dahulu. Berikut adalah pemeriksaan yang akan dilakukan.

  1. Sejarah kesihatan termasuk kesihatan mental.
  2. Sejarah pemakanan (diet).
  3. Pemeriksaan fizikal iaitu
    • Pemeriksaan umum iaitu berat, tinggi, BMI, ukuran pinggang (waist circumference), nisbah pinggang /pinggul (waist hip ratio-WHR), composisi jisim badan (body mass composition), tekanan darah dan kadar denyutan jantung.
    • Pemeriksaan sistemik iaitu pemeriksaan sistem jantung, paru-paru, abdomen, muskuloskeletal, endokrin dan sistem saraf.
  1. Pemeriksaan darah dan ujian klinikal
    • Pemeriksaan darah yang akan dilakukan ialah ujian tahap kolestrol, tahap gula, fungsi hati, fungsi buah pinggang dan elektrolit.
    • Ujian klinikal lain adalah ECG dan X- Ray dada.

PERUBATAN

Setelah saringan perubatan untuk pemilihan dilakukan, peserta-peserta yang terpilih akan diberi buku log perubatan yang mengandungi jadual untuk pemeriksaan susulan yang mengandungi:

  1. Pemeriksaan umum yang akan dilakukan setiap 2 minggu sekali iaitu;
  • Tekanan darah
  • Kadar denyutan jantung
  • Berat
  • Tinggi
  • BMI
  • WC (ukurlilit pinggang)
  • WHR ( nisbah pinggang pinggul)
  • RBS (untuk pesakit kencing manis)

2. Susulan untuk pemeriksaan sistemik dan ujian darah akan dilakukan mengikut kesesuaian

dan masalah kesihatan individu.


DIET

Penerangan mengenai diet akan berikan semasa sesi pertama, diikuti kerja berkumpulam manakala nasihat dan susulan diet adalah mengikut keperluan individu.


PSIKOLOGI DAN KEROHANIAN

Program ini juga menekankan disiplin dan kekuatan dari sudut psikologi dan kerohanian, justeru itu Pusat Islam telah merangka jadual ibadah yang khusus untuk para peserta.

Fakulti Perubatan Dan Sains Kesihatan juga akan menyediakan ceramah motivasi melalui 3 fasa iaitu:

  1. Motivasi asas (sebelum program bermula) : Goal setting and positive image visualization.
  2. Pertengahan program : Hurdle/problems maintaining motivation 1.
  3. Akhir program : Hurdle/problem maintaining motivation 2.

SENAMAN

Beberapa aktiviti fizikal akan digabungkan menjadi satu program latihan yang akan dilakukan sekurang-kurangnya 3-4 kali seminggu secara berselang hari. Setiap peserta akan diberikan kad aktiviti untuk catatan kehadiran dan tempoh aktiviti yang dilakukan. Aktiviti-aktiviti fizikal yang dicadangkan ialah:

  1. Latihan cardiovaskular (30-35 min)
  • Berjalan laju/brisk walk
  • Jogging
  • Berbasikal
  • Senaman aerobik
  1. Latihan bebanan (45 min)
  • Gimnasium / free weight training/own body weight
  1. Aktiviti sukan
  • Aktiviti luar- badminton,bola tampar,bola jaring,futsal.


PEMANTAUAN PESERTA

Setiap peserta akan diberikan buku log untuk catatan pemantauan dan jadual sepanjang program berlangsung.


PENYINGKIRAN PESERTA DAN GANJARAN

Tiada penyingkiran peserta akan dilakukan sepanjang program ini kerana tujuan utamanya adalah membimbing peserta kearah cara hidup lebih sihat. Walaubagaimanapun, untuk memberi semangat kepada peserta saguhati akan diberikan setiap bulan kepada mereka yang dapat menurunkan berat badan paling banyak pada bulan tersebut. Peserta tidak dibenarkan sama sekali mengambil sebarang pil diet

Pemenang adalah peserta yang berjaya menurunkan berat paling banyak, dan ianya akan diumumkan pada penghujung program, iaitu pada bulan Oktober.

Sebarang Pertanyaan Sila Hubungi :

Pusat Kesihatan Pelajar
Universiti sultan Zainal Abidin Terengganu
No Tel. : 09-6674946 No Fax : 09-6674963

0 Response to "PROGRAM CAKNA BERAT"