Pages

Baju Keparat or coprate Saper ni ????

hai... kengkawan...

Ni ar baju keparat klas aku...hihihi yang kami perjuangkan slama ini...ops! ... hehehe banyak kenangan manis & pahit pasal baju kos...erm, entah ar...yg penting aku dah pakai pun baju keparat yang berwana pokok...hehehe

Time ni ngah berjemur nak tangkap gambo... alumni UDM... cantik tak baju ni? :)

erm... time mule2 pakai... ramai yang bagi pujian n tomahan...huhuhu... biase ar manusia.. mane pernah berpuas hati dengan keadaan disekeliling nyer... aper yang penting kiter yang pakai baju keparat ni ,slesa... n bahagia..:) bagi yang memberi pujian... thanks bebanyak diatas sokongan anda terhadap bebudak "ISLAMIC FINANCE PART 4..." chayok chayok la beb..hihihi...!!! alamak smangat nyer bdk kura2 pintar ni...huhuhu malu...:)erm, kepada golongan yg memberi tomahan dihadapan kami & pujian didlm hati kecil mereka pun... thanks gok k...? we don't care k? hihihi kechek orang puteh la pulok...hihi








BIZANDRY.... JOM PAKAT BELI

salam...

Aritu pas balik dari UUM program karniawan untuk keusahawanan... TP memang tahap gaban best.
kat saner aku dapat macam2 pengalaman ... pasal business... pasal erti sahabat..kerjasama... n boleh kenal ngan macm 2 perangai org.. n kenal ngan bdk2 U lain... n banyak lg... ssh tuk aku coretkan disini..chewah... tp yg paling best... dapat makan ar... hehehe:)

erm, kat bawah ni... aku dapat business kat UUM tu la... aku jual sbb baju ni memang BEST... HUHUHU.... aku pun beli gak... korang nak tau aku beli yg maner? aku beli tshirt yang "kucing brutal" comel ar kucing tu... memang brutal abeh ar...hihihi


HARGA:
Lengan pendek: RM 27
Lengan panjang : RM 29


korang boleh la pilih mane2 yg korang suker k... macam2 saiz ader kami sediakan seperti s, m, n, o, p, Q....HEHEHE... xder ar... ucik2 je :)





01



02



03





04



05





06



07



08


09




10




11




12




































Pisang dan Hati


Maryam, guru kelas Tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci.

Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastic berisi pisang masing-masing. Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci.

“Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya” beritahu Cikgu Maryam.
Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg. Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk . Kanak-kanak itu mula merungutdan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk. Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.

Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Maryam sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa.

“Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?” tanya Cikgu Mayam.

Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk.

“Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu” beritahu Cikgu Maryam.

Maryam mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci daripada membebani hidup. Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi lebih baik darpada membenci…!
Kisah Cinta ini telah dikirimkan oleh saudari Snow White.