Pages

CINTA Elysa


Episode 1

ARIL melarikan diri dari buruan polis selepas gagal dalam cubaan memecah rumah. Sampai di rumah, jam dua pagi dan mendapati pakaiannya bersepah di laman rumah. Aril memanggil Maryam untuk membuka pintu, sebaliknya Maryam enggan. Aril membuat bising sehingga mengganggu jiran-jiran. Maryam terpaksa membuka pintu dan meminta Aril meninggalkan rumah. Maryam tidak tahan perangai Aril. Maryam pekerja di sebuah kilang tidak tahan lagi apabila banyak aduan diterima mengenai kenakalan Aril. Maryam menutup pintu dan meminta Aril pergi ke mana sahaja. Bagaimanapun keesokan harinya, Maryam mendapati Aril masih ada di depan rumah, tidur di atas simen. Maryam geram. Dia menghubungi abangnya Hisham, mengadu mengenai Aril. Hisham datang mengambil Aril. Aril terpaksa mengikut tetapi bukan jaminan dia menjadi baik.


Episode 2

Aril memperkenalkan diri kerana Jasman memang tidak pernah menjenguk Aril selepas kematian bapa Aril, iaitu adik Jasman. Bagaimanapun Jasman mendengar cerita kenakalan Aril dan selalu ditahan polis kerana kenakalan yang dilakukannya. Aril memberitahu yang Hisham meminta dia bertemu Jasman kalau-kalau Jasman boleh memberi pekerjaan kepadanya. Sebaliknya Jasman mahu Aril meneruskan pelajaran. Dengan keputusan SPM Aril yang agak baik, Jasman memasukkan Aril ke kolej yang sama dengan Elysa.

Episode 3

Yasmin mahu Aril keluar dari rumahnya. Ketika Aril melangkah keluar rumah, Elysa menghalang. Elysa mahu Aril meminta maaf dari Yasmin. Pada mulanya Aril berdegil kerana menganggap Yasmin sombong. Elysa mahu Aril mengenangkan Jasman yang mahu Aril berubah menjadi manusia yang lebih baik. Pujukan Elysa melembutkan hati Aril. Bagaimanapun Yasmin pula memarahi Elysa yang dituduh berbaik dengan samseng. Jasman tidak suka Yasmin memanggil Aril samseng. Jasman juga menggalakkan anak-anaknya melayan Aril dengan mesra tetapi Yasmin selalu menghalang.


Episode 4

Aril mengesyaki Yasmin mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain. Bagaimanapun dia tidak mahu mengadu kepada Jasman, menganggap itu bukan urusannya. Yasmin pula risau jika Aril mengadu kepada Jasman dan mahu memberi duit kepada Aril. Aril mengambil duit tersebut tetapi bukan jaminan untuk dia tidak membocorkan rahsia. Dia tidak mengadu kepada Jasman tetapi Aril memang tidak mahu mengadu apa-apa kepada Jasman mengenai Yasmin. Elysa pula terjatuh di kolej menyebabkan kakinya patah. Selepas hampir sebulan di hospital Elysa beransur sembuh dan dibenarkan pulang. Bagaimanapun Elysa masih perlu menggunakan tongkat untuk berjalan.



Episode 5

Keadaan Jasman begitu parah. Dalam keadaan nazak dia ingin bertemu Aril. Jasman mengamanahkan Aril untuk menjaga anak-anaknya terutama Elysa. Aril terpaksa berjanji dengan Jasman. Kematian Jasman sangat menyedihkan Elysa. Aril mula bersimpati dengan Elysa dan mula mententeramkannya dengan nasihat dan perhatian. Kesedihan Yasmin pula hanya seketika. Elysa tidak tahu hubungan Yasmin dengan Rashid, tetapi Aril yang mengetahuinya menganggap Yasmin punca kemalangan Jasman. Yasmin dan Aril selalu bergaduh. Yasmin pula mula berani membawa Rashid pulang ke rumah. Pada mulanya secara sembunyi-sembunyi, lama kelamaan Yasmin tidak peduli Aril dengan anak-anaknya.


 

Episode 6


Aril terdengar perbuatan Joey di bilik tempat tidur Elysa. Aril menghalang Joey dan memukulnya. Joey pengsan. Aril membawa Elysa keluar dari rumah itu. Elysa merayu agar Aril menghantarnya pulang. Akhirnya Aril mengalah. Dia menghantar Elysa pulang. Bagaimanapun di rumah Elysa didatangi polis yang ingin mengambil keterangan kerana Yasmin membuat laporan mengenai Elysa.


0 Response to "CINTA Elysa"